Thursday, December 16, 2010

Peraturan Umum permohonan


Peraturan Umum Permohonan

1.    Setiap calon hendaklah mengisi dua salinan borang pencalonan dengan lengkap dan jelas.
2.    Setiap borang hendaklah disertakan dengan 2 keping gambar (berukuran pasport), satu salinan pasport dan satu salinan visa terkini.
3.    Borang pencalonan boleh didapati daripada pegawai SPR PMRAM bagi ikhwah di Bilik Gerakan Rumah Kelantan Baru, manakala  akhawat di rumah Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak LE 25.00 (calon Presiden), LE 20.00 (calon Badan Pengurus dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI).
4.    Borang yang telah siap diisi hendaklah diserahkan semula kepada pegawai SPR di Bilik Gerakan seperti yang telah ditetapkan, sebelum tarikh akhir penyerahan pada 23 Disember 2010 jam 5.00 petang.
5.    Borang pencalonan mestilah diambil dan diserahkan semula oleh orang yang sama.
6.    Calon, pencadang dan penyokong mestilah telah menjadi ahli PMRAM dan telah menjelaskan yuran tahunan PMRAM.
7.    Suruhanjaya Pilihanraya berhak membatalkan sebarang permohonan yang tidak mengikut syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
8.    Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.
9.    Suruhanjaya Pilihanraya berhak mengubah mana-mana syarat permohonan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada keperluan dan tidak bertentangan dengan dasar PMRAM.



Disediakan oleh:
Suruhanjaya Pilihanraya
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

2 comments:

elkhufajy said...

knp borang mahal sgt?

SPR PMRAM 2010 said...

salam..tq diatas respond.ini adlah kputusan didlm msyuarat SPR PMRAM yg telah mngambil kira dlm semua aspek.Walaupun terdapat pro dan contra nya,tapi terimalah ianya sebagai satu keputusan yg muktamad dari SPR PMRAM 2010..tq

Post a Comment

hakcipta terpelihara dari cetakan bertulis,copy&paste.. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger