Friday, December 24, 2010

pengisytiharan calon-calon BP dan HEWI PMRAM 2011 kali pertama

Senarai calon-calon kepimpinan PMRAM & AJKT HEWI 2011


Dengan ini,Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2010 mengisytiharkan calon-calon kepimpinan PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM 2011



CALON PRESIDEN PMRAM

MUHAMMAD ZUHAILI B. SAIMAN
16868
SYARIAH ISLAMIAH
SELANGOR / KAHERAH

CALON-CALON BADAN PENGURUS PMRAM

1. ZULHAFEEZ B. AHMAD ZAHIDI
   18387
   BAHASA ARAB
   PERAK / KAHERAH

2. IBRAHIM B. ANI
    17240
    SYARIAH ISLAMIAH
    KEDAH / DUMYAT

3. MOHD HAFIZZUL AZRI B. AZMAN
    19111
    AL-QURAN
    SELANGOR / SHOUBRA

4. AHMAD BAIHAKI B. RASHID
    18114
    SYARIAH ISLAMIAH
    PAHANG / KAHERAH

5. AHMAD DANIEL B. MOHMAD HASSAN
    19558
    BAHASA ARAB 
    JOHOR / KAHERAH

6. NUR AHMAD WAFIY B. NOOR AZRI
    17042
    AL-QURAN
    KEDAH / TANTA

7. AHMAD ZAMZANI B. CHE DAUD
    20611
    BAHASA ARAB 
    KELANTAN / KAHERAH

8. NORHALIS SYAFIQ B. AHMAD
    19509
    SYARIAH ISLAMIAH
    WILAYAH / TANTA

9. ABDUL AZIZ B. ALI
    18495
    BAHASA ARAB 
    KELANTAN / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

CALON-CALON AJKT HEWI PMRAM 2011

1. INTAN SORAYA BTE HASHIM
    20601
    BAHASA ARAB 
    SELANGOR / KAHERAH

2. NURUL ARIFAH BTE HILMI
    19383
    USULUDDIN 
    KEDAH / KAHERAH

3. JUHAIDA BTE ABDUL HAMID
    18417
    BAHASA ARAB 
    KEDAH / KAHERAH

4. NORHASHIMA BTE MAJID 
    19244
    USULUDDIN 
    PERAK / MANSURAH

5. NURUL NADIRAH BTE AW.MOHD NOR
    20254
    AL-QURAN
    PAHANG / MANSURAH

6. NAUFAL BTE KAMARUDDIN
    19470
    BAHASA ARAB 
    TERENGGANU / KAHERAH

7. NURLIDA BTE KELIMA 
    18654 
    SYARIAH ISLAMIAH 
    KELANTAN / ISKANDARIAH

8. KAMILAH BTE CHE RAZALI
    19431
    SYARIAH ISLAMIAH 
    KELANTAN / KAHERAH

9. SITI SARAH BTE BUSHARI
    18454
    BAHASA ARAB 
    JOHOR / KAHERAH

10. SUHANA BTE IDRIS
     17296
     USULUDDIN
     PERAK / ISKANDARIAH

11. SITI MAISARAH BTE YUSOF
      14934
      USULUDDIN
      JOHOR / KAHERAH

12. SHAZAZIERA BTE SHARIF
      19475
      BAHASA ARAB 
      TERENGGANU / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

DISEDIAKAN OLEH: SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2010
BERSIH - TELUS - AMANAH









 













SUARAKAN HAK ANDA


>>SYARAT-SYARAT BANTAHAN<< 

1.    Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut  melanggar  atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan atau syarat-syarat kempen.
2.    Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah  membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai SPR.
3.    Borang bantahan boleh didapati di bilik operasi SPR dengan harga LE 15.
4.    Bantahan boleh dibuat pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
5.    Setiap ahli yang ingin membuat bantahan hendaklah menjelaskan yuran PMRAM sesi 2010.
6.    Setiap bantahan dilarang sama sekali menyentuh hal peribadi calon
7.    Borang yang tidak lengkap diisi tidak akan dilayan.
8.    Sebarang keputusan daripada SPR adalah muktamad.

MAKLUMAN TERKINI

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (SPR PMRAM) 2010 telah memutuskan bahawa tarikh untuk bantahan calon-calon kepimpinan PMRAM dan HEWI yang akan diisytiharkan esok ialah pada 26 disember 2010 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang di bilik gerakan SPR.Sehubungan dengan itu,diminta kepada semua pihak yang ingin tampil untuk membantah calon terlebih dahulu meneliti peraturan-peraturan bantahan yang telah ditetapkan oleh SPR.Segala permasalahan boleh merujuk terus kepada pengarah dan timbalan pengarah SPR 2010.Harap maklum.

Sunday, December 19, 2010

Prosedur SPR PMRAM 2010


PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2010

A.      Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah menetapkan penamaan calon bagi pemilihan kali ini bermula daripada tarikh 20hb hingga 23hb Disember 2010 iaitu pada hari isnin hingga khamis dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

B.      Pihak SPR PMRAM membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk :
i.              Pencalonan Presiden
-          Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi BORANG A yang disediakan**
ii.            Pencalonan bagi Badan Pengurus
-          Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan**
iii.           Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
-          Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan**

**Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak

RALAT


Kami dari pihak SPR PMRAM memohon kemaafan diatas kesilapan maklumat pada iklan yang telah diedarkan pada umum.Kesilapan pada item 'hari operasi : selasa-khamis' pembetulan hari operasi bermula pada esok iaitu hari isnin 20hb hinggalah hari khamis 23hb disember.
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday, December 16, 2010

Anda Layak Mengundi?

1.    Tarikh pembuangan undi akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM

2.    Bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
3.    Para pengundi hanya dibenarkan membuat undian sekali sahaja
4.    Pengundi mestilah memastikan namanya tercatat di meja pendaftaran sebelum permohonan untuk mengundi
5.    Undian dikira sah hanyalah undian yang dibuat pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak SPR
6.    Pengundi mestilah mematuhi peraturan yang telah dan akan ditetapkan oleh SPR
7.    Pengundi siswa mestilah memilih seorang Presiden dan 9 orang Badan Pengurus sahaja
8.    Pengundi siswi mestilah memilih seorang Presiden, 9 orang Badan Pengurus dan 12 orang AJKT HEWI
9.    Kertas undi mestilah bercop PMRAM
10.  Undi wakil adalah dibenarkan  dengan syarat:
i.              Orang yang diwakilkan itu sakit atau dengan alasan munasabah yang diterima oleh SPR.
ii.             Setiap wakil hendaklah mengisi borang wakil yang disediakan beserta kad keahlian PMRAM
11.  Menjelaskan yuran keahlian PMRAM sesi 2010

A.      Sebarang aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan mengisi borang aduan yang disediakan oleh pihak SPR PMRAM
B.      Jika calon yang akan bertanding tidak melebihi bilangan yang ditetapkan, maka mereka diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya ini sebarang masalah mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.

Bagaimana ingin berkempen...

1.    Tidak dibenarkan sama sekali :

i.               menggunakan sentimen kenegerian dalam kempen yang dijalankan
ii.             menggunakan sebarang logo atau poster
iii.            membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan
iv.           menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi
v.            menggunakan nama-nama pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir (demi keselamatan)
vi.           menggunakan sebarang logo atau lambang parti politik yang dikenali di Malaysia
vii.          menyentuh peribadi mana-mana calon yang bertanding

2.    Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah dan akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM
3.    Kempen hanya dibenarkan selepas SPR mengumumkan calon yang akan bertanding
4.    Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada calon yang melanggari syarat-syarat kempen yang telah ditetapkan tidak melebihi 3 kali kesalahan. sekiranya melebihi 3 kali kesalahan  pihak SPR berhak membatalkan pencalonan.
5.    Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah muktamad.

Kriteria Calon Anda..

1.    Setiap calon mestilah terdiri daripada ahli tetap PMRAM yang telah matang tempoh keahliannya sekurang-kurangnya 6 bulan untuk jawatan Presiden, Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM.

2.    Setiap pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan
3.    Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM
4.    AJK SPR PMRAM tidak boleh dicalonkan untuk bertanding
5.    Setiap calon mestilah berada di Mesir semasa pencalonan dibuat kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah dengan keizinan bertulis kepada Pengarah SPR PMRAM 2010
6.    Setiap borang pencalonan mestilah bercop rasmi PMRAM
7.    Setiap pencalonan mestilah beserta dua keping gambar berukuran pasport dan satu salinan pasport dan visa terkini.
8.    Tarikh pencalonan adalah pada 20 hingga 23 Disember 2010
9.    Tarikh tutup pencalonan  adalah pada 23 Disember 2010 jam 5 petang
10.  Pencalonan ditolak setelah tamat waktu ditetapkan.
11.  Setiap calon hanya dibenarkan bertanding untuk satu jawatan sahaja
12.  Setiap calon mestilah menjelaskan yuran tahunan PMRAM bagi sesi 2010
13.  Setiap borang pencalonan dijual dengan ketetapan berikut :
-BORANG A                    : LE 25.00
-BORANG B                    : LE 20.00
-BORANG C                    : LE 20.00
14. Sebarang permasalahan mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM

Peraturan Umum permohonan


Peraturan Umum Permohonan

1.    Setiap calon hendaklah mengisi dua salinan borang pencalonan dengan lengkap dan jelas.
2.    Setiap borang hendaklah disertakan dengan 2 keping gambar (berukuran pasport), satu salinan pasport dan satu salinan visa terkini.
3.    Borang pencalonan boleh didapati daripada pegawai SPR PMRAM bagi ikhwah di Bilik Gerakan Rumah Kelantan Baru, manakala  akhawat di rumah Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak LE 25.00 (calon Presiden), LE 20.00 (calon Badan Pengurus dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI).
4.    Borang yang telah siap diisi hendaklah diserahkan semula kepada pegawai SPR di Bilik Gerakan seperti yang telah ditetapkan, sebelum tarikh akhir penyerahan pada 23 Disember 2010 jam 5.00 petang.
5.    Borang pencalonan mestilah diambil dan diserahkan semula oleh orang yang sama.
6.    Calon, pencadang dan penyokong mestilah telah menjadi ahli PMRAM dan telah menjelaskan yuran tahunan PMRAM.
7.    Suruhanjaya Pilihanraya berhak membatalkan sebarang permohonan yang tidak mengikut syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
8.    Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.
9.    Suruhanjaya Pilihanraya berhak mengubah mana-mana syarat permohonan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada keperluan dan tidak bertentangan dengan dasar PMRAM.



Disediakan oleh:
Suruhanjaya Pilihanraya
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

Monday, December 13, 2010

Operasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM Berkuatkuasa Hari Ini

Pengarah SPR 2010 - Ustaz Ab.Samad Abdul Razak
KAHERAH, 12 Disember - Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 (SPR PMRAM 2010) hari ini (semalam) mengumumkan bahawasanya, operasi SPR PMRAM 2010 bagi memilih kepimpinan Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) sesi 2011 telah berkuatkuasa mulai 11 Disember 2010.
Pengarahnya, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz menyatakan, tarikh berkuatkuasanya operasi SPR PMRAM adalah bermula pada 11 Disember 2010 setelah bermesyuarat untuk kali yang pertama. Beliau berkata lagi, untuk tarikh pembukaan bagi memilih pencalonan BP PMRAM dan HEWI PMRAM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan setiap makluman berkaitan SPR akan terus disalurkan di dalam web rasmi PMRAM.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, di talian +20119893830 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudari Hanisah binti Muslim, di talian +20113713628.

hakcipta terpelihara dari cetakan bertulis,copy&paste.. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger