1. Tarikh pembuangan undi akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM
2. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
3. Para pengundi hanya dibenarkan membuat undian sekali sahaja
4. Pengundi mestilah memastikan namanya tercatat di meja pendaftaran sebelum permohonan untuk mengundi
5. Undian dikira sah hanyalah undian yang dibuat pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak SPR
6. Pengundi mestilah mematuhi peraturan yang telah dan akan ditetapkan oleh SPR
7. Pengundi siswa mestilah memilih seorang Presiden dan 9 orang Badan Pengurus sahaja
8. Pengundi siswi mestilah memilih seorang Presiden, 9 orang Badan Pengurus dan 12 orang AJKT HEWI
9. Kertas undi mestilah bercop PMRAM
10. Undi wakil adalah dibenarkan dengan syarat:
i. Orang yang diwakilkan itu sakit atau dengan alasan munasabah yang diterima oleh SPR.
ii. Setiap wakil hendaklah mengisi borang wakil yang disediakan beserta kad keahlian PMRAM
11. Menjelaskan yuran keahlian PMRAM sesi 2010
A. Sebarang aduan hendaklah dibuat secara rasmi dengan mengisi borang aduan yang disediakan oleh pihak SPR PMRAM
B. Jika calon yang akan bertanding tidak melebihi bilangan yang ditetapkan, maka mereka diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya ini sebarang masalah mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.
0 comments:
Post a Comment