Monday, April 25, 2011

PEKELILING RASMI SPR PMRAM


Suruhanjaya Pilihanraya, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (SPR PMRAM) 2010 dengan ini mengumumkan bahawasanya, tiada pilihanraya AJKT HEWI akan berlaku berikutan penarikan diri dua orang  calon di  peringkat   calon AJKT HEWI.

Dua surat penarikan diri calon telah diterima oleh SPR PMRAM pada tarikh dan waktu berbeza. Dua calon yang mengemukakan surat penarikan diri sebagai calon AJKT HEWI kepada SPR PMRAM ialah:

1) Ustazah Naufal binti Kamaruddin  (No PMRAM 19470) calon daripada Negeri Terengganu DAN,
2) Ustazah Siti Maisarah binti  Yusuf (No PMRAM 14934) calon daripada Negeri Johor.

Dengan ini, setelah diteliti dan disemak oleh pihak SPR PMRAM, maka SPR PMRAM memutuskan bahawa TIADA PILIHANRAYA PADA TAHUN INI dan mengesahkan bahawa calon-calon bagi barisan  kepimpinan PMRAM bagi tahun 2011 yang telah dicalonkan sebelum ini kesemuanya menang tanpa bertanding.

Segala keputusan SPR adalah muktamad.

Yang Benar,
PENGARAH
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2010.

0 comments:

Post a Comment

hakcipta terpelihara dari cetakan bertulis,copy&paste.. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger